Tuesday, August 28, 2012

Rakaman Tuduhan Mansor Bakal Disebar

Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat.  Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.

Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai 'sombong' dan 'angkuh'.   Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang.  Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:

"Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant because dia menang banyak." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (1)

"Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (2)

Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng.  Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai.  Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga 'kekorupan' beliau. 

Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.  

Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang, di sisi Guan Eng dan di mata rakyat.   Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng.   Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.  

Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya. 

Menurut sumber, pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu 'waktu yang sesuai' seperti pilihanraya, untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia.  

PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor.  Khabarnya, masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari 'dibaham' Guan Eng.  Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau.  Walaupun begitu, ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang. 

Jika ini benar, maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian. 

Selama ini, parti pembangkang gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi.  Tetapi kini, ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk, di dalam parti mereka sendiri. 

Kerana itu, walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya.  Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada, takut dan langsung tidak punya hak bersuara.  

Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini.  Percayalah, kita juga pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya. 

Friday, August 24, 2012

PAS Mangsa Nasi Kangkang DAP

PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu.  Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.  Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.  Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa?  Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.  Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!!  Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam.  Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini.  BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2.  Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal.  Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah.  Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, "Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa". 

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi.  Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari 'murtad', apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini.  Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN.  Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain,  syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah.  Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya.  Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan.  Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS.  Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir. 

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

Monday, August 13, 2012

Longgar Syarat Kemasukan Hina Sektor Awam

Laporan Sin Chew Daily mengenai kenyataan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah yang menyarankan agar pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan, menyebabkan ramai yang tersenyum sinis.   Apatah lagi bila mendengar alasan beliau iaitu: "Saya amat risau jika keadaan ini tidak dapat diubah, kerana akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan sampingan lain."

Apakah layak Yin Huah bercakap mengenai 'jurang antara kaum' apabila beliau adalah antara juara yang berdegil ingin memastikan jurang tersebut terus wujud dan semakin besar bermula dari bangku sekolah lagi?  Beliau dan juga Dong Zong sama-sama tegar memperjuangkan agar jurang ini diteruskan sehingga sekolah menengah malah hingga peringkat universiti dengan menuntut agar sijil dari Universiti-universiti tertentu yang bertunjangkan bahasa Cina diiktiraf. 

Justeru, apakah Yin Huah begitu bodoh kerana tidak tahu bahawa jurang antara kaum tidak akan wujud jika semua anak-anak Malaysia bersekolah bersama-sama?   Atau lebih tepat, jurang antara kaum mungkin telah lama terhapus jika Hua Zong, Dong Zong dan NGO-NGO yang seangkatan dengan mereka tidak wujud sama sekali di Malaysia. 

Meloyakan sekali apabila kini Yin Huah tiba-tiba 'merasa risau' pula jika jurang tersebut menjadi lebih besar di alam pekerjaan. 

Cadangan Yin Huah agar kemasukan ke sektor awam dilonggarkan menyerlahkan sikapnya yang dwistandard.  Kelayakan untuk masuk ke sektor awam mewajibkan seseorang itu fasih berbahasa Melayu dengan keputusan kredit di dalam peperiksaan.  Ini adalah sesuatu yang 'semulajadi' memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.  Pastinya, Yin Huah sedar bahawa penyebab kurangnya kaumnya diterima masuk ke sektor awam adalah kerana 'kredit Bahasa Melayu' ini dan kerana itulah beliau menyarankan agar syarat ini dilonggarkan. 

Kita telah sedia maklum bahawa selama ini, kaum Cina juga yang begitu beria-ia memperjuangkan sistem merit, maka kenapa pula mereka merungut apabila sistem merit itu tidak menepati 'citarasa' mereka?  

Adalah tidak wajar jika kita meminta agar kelonggaran diberikan iaitu menurunkan taraf kelayakan Bahasa Melayu hanya untuk memastikan lebih ramai kaum lain dapat bekerja di sektor awam kerana ia juga bermakna menurunkan 'standard' atau kualiti kakitangan awam. 

Sedangkan kita marah apabila taraf kelayakan di universiti diturunkan bagi memastikan lebih ramai mereka dari latarbelakang yang susah berpeluang melanjutkan pelajaran.  Maka, kenapa kita perlu menerima saranan penyelesaian yang sama iaitu menurunkan taraf kelayakan semata-mata untuk meramaikan kaum lain (baca: Cina) di dalam sektor awam? 

Yin Huah tidak perlu berlakon seolah-olah beliau prihatin dengan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia kerana kita tahu bahawa itu tidak benar.  Kita faham apa yang Yin Huah risaukan di sini ialah mengenai meningkatkan penguasaan kaumnya di dalam sektor awam.  Dalam ertikata lain, Yin Huah hanya risaukan mengenai nasib kaumnya semata-mata. 

Dan ini terbukti dalam penjelasan panjang lebarnya bahawa dengan penambahan kaumnya di dalam sektor awam maka ia akan dapat memastikan perkhidmatan yang lebih baik bagi kaum Cina di satu-satu kawasan itu.  Kenyataan Yin Huah ini seolah-olah menunjukkan yang kaum Cina tidak mendapat perkhidmatan terbaik dari kerajaan. 

Memandangkan masih ramai kaum Cina warga Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, maka mereka seringkali menghadapi masalah apabila berurusan dengan sektor awam.   Dan inilah sebenarnya yang merisaukan Yin Huah, bukannya soal perpaduan. 

Bagaimanapun, penyelesaian yang disarankan oleh Yin Huah iaitu menambah bilangan kaum Cina di sektor awam adalah satu cadangan yang chauvinis, tidak praktikal, pentingkan diri dan menggambarkan sikap perkauman yang amat kronik. 

Sedangkan sepatutnya Yin Huah menyeru agar kaum Cina memperkasakan dan mencintai bahasa kebangsaan sebagai seorang warganegara yang setia bagi mengatasi masalah berurusan dengan sektor awam.  Malah, lebih baik lagi jika Yin Huah menyeru agar kaum Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bagi memantapkan bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi juga perpaduan serta semangat patriotisme terhadap negara ini.

Seharusnya, Yin Huah menuntut kaum Cina agar belajar menyesuaikan diri untuk 'survival' dan bukannya menuntut supaya seluruh sistem, undang-undang, perlembagaan, prosedur dan seluruh struktur sosial di Malaysia disesuaikan dengan kehendak dan keperluan kaum Cina!

Apakah signifikannya 'kaum Cina' berbanding kaum lain di Malaysia?

Sesungguhnya, hipokrasi Yin Huah dan Hua Zong amatlah memualkan.  Sampai bila agaknya mereka ini akan berpijak di bumi nyata, menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi berada di negara China tetapi telah menjadi warga Malaysia, iaitu negara berbilang kaum dengan penduduk asalnya adalah Melayu yang beragama Islam serta menggunakan Bahasa Melayu? 

Kita cabar Hua Zong agar membuang sifat hipokrit dan berdiri atas nama ektremisme Cina yang sebenar tanpa perlu berselindung lagi.  Tidak perlu pura-pura mengeluh risaukan jurang antara kaum, atau menuntut orang lain agar mendahulukan Malaysia sebelum bangsa, kerana bukan semua orang lain itu bodoh sehingga tidak dapat membaca agenda anda.

Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.  Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.  DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi. 

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.  

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut. 

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.  

Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.  Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad. 

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP. 

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.  Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik.   Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga. 

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP. 

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi. 

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.  Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.     

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus. 

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini. 

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam. 

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.  Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh. 

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS. 

Thursday, August 2, 2012

Lajim Ukin Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012

Lajim Ukin Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012

Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 malam semalam mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini pada Sabtu lalu, Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.

Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.

Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.

Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah?

Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.

Tapi, ternyata Lajim lebih mengutamakan kepentingan sendiri apabila tetap berterusan bermain tarik tali semata-mata mahu memaksa PM untuk akur pada permintaan peribadinya.

Tuesday, July 31, 2012

Bonus: PR Tuduh Kerajaan Guna Wang IMF

Bonus: PR Tuduh Kerajaan Guna Wang IMF

Terdesak dan tertekan sungguh para pemimpin pembangkang tika ini apabila melihat keprihatinan berterusan Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat dan di masa yang sama tidak lupa menghargai jasa golongan penjawat awam.

Ramai pemimpin pembangkang melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.

Riuh rendah dan kehangatan kem pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.

Tidak terkecuali, jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.

Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas, blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin PR dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.

Selain itu, semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA, bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.

Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas, blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pembangkang dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM, Dato' Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah, sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.

Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah ekonomi berikutan serangan penyangak matawang pada 1997/98 dulu pun tidak sesekali kita tunduk dengan bantuan kewangan yang mahu dihulur oleh IMF.

Jika adapun pinjaman yang pernah kita buat ialah melalui Bank Dunia, sebuah institusi kewangan antarabangsa yang berbeza fungsinya dengan IMF.

Bank Dunia boleh diibaratkan sama seperti bank-bank tempatan yang memberi pinjaman jangka masa pendek dan panjang untuk pelanggannya manakala IMF saling tak ubah seperti along yang gemar mencekik darah orang susah yang terperangkap dengan janji manisnya.

Ringkasnya, beza kedua-duanya umpama jauhnya langit dari bumi. Pun begitu, walau kedua-duanya jelas berbeza peranannya, rasanya ramai yang tidak lupa pemimpin pembangkang pernah juga mempolemikkan isu pinjaman dengan Bank Dunia untuk menggambarkan kantung kerajaan telah kempis dan tak berduit.

Walhal, bagi yang celik akal, urusan kita dengan Bank Dunia sudah bermula sejak tahun 1950-an malah tatkala Anwar Ibrahim memegang jawatan Menteri Kewangan pun pernah beberapa kali Anwar mewakili kerajaan melakukan urusan pinjaman dengan Bank Dunia.

Apapun, satu perkara yang perlu kita faham nawaitu utama pembangkang melontarkan tuduhan terhadap kerajaan bersabit soal kewangan, tujuannya tak lain tidak bukan hanyalah semata-mata mahu rakyat kebanyakan menjadi ragu dan was-was dengan keupayaan urus tadbir Kerajaan BN yang memerintah.

Terdesak dan tertekan sungguh para pemimpin pembangkang tika ini apabila melihat keprihatinan berterusan Kerajaan Pusat dalam membantu meringankan beban rakyat dan di masa yang sama tidak lupa menghargai jasa golongan penjawat awam.

Ramai pemimpin pembangkang melihat keprihatinan Kerajaan Pusat yang diterajui Barisan Nasional (BN) itu sebagai satu bala yang bakal menjahanamkan propaganda politik persepsi yang sedang mereka galak jalankan sekarang.

Riuh rendah dan kehangatan kem pembangkang yang bernaung di bawah Pakatan Rakyat (PR) dapat dilihat jelas dari komen ramai pemimpin mereka yang cuba meremehkan setiap usaha dan program bermanfaat yang dijayakan oleh Kerajaan BN.

Tidak terkecuali, jentera propaganda maya mereka juga tumpang semangkuk untuk merencatkan keberkesanan usaha-usaha pemimpin BN dengan menabur seribu satu tohmahan.

Dalam satu rencana di blog suarapakatanrakyat.com pada 27 Julai lepas, blog tersebut telah memanjangkan hasad dengki pemimpin PR dengan secara terbuka menuduh Kerajaan BN telah meminjam wang dari IMF (Tabung Kewangan Antarabangsa) semata-mata untuk melunaskan bonus Aidilfitri tempohari.

Selain itu, semua program transformasi dan agenda membantu rakyat yang diterjemahkan melalui beberapa program seperti BR1M, KR1M, KAR1SMA, bantuan persekolahan dan lain-lain juga didakwanya datang dari wang pinjaman IMF.

Tanpa satu pun fakta dan bukti jelas, blog tersebut meneruskan tradisi kelaziman pembangkang dengan menuduh semberono dan membuat dakwaan serong yang tidak jelas hujung pangkalnya.

Sedangkan Kerajaan BN melalui kenyataan PM, Dato' Seri Najib yang juga Menteri Kewangan acapkali menjelaskan apa sahaja program bantuan mahupun pemberian bonus yang telah, sedang dan akan dilaksanakan semuanya dilakukan mengikut kemampuan kantung kerajaan.

Kerajaan BN takkan mencari nahas dengan sengaja meminjam wang dari IMF apatah lagi sejarah merekodkan saat negara dihimpit dengan masalah eko

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada

PANAS: PKR Jangka Kalah 16 Kerusi Sedia Ada

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi. Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor.

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan.

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas. Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN. Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu. PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai beberapa kes kontroversi yang melibatkan nasib orang Melayu.

Nampaknya, PKR sekali lagi akan membuat 'U Turn' dengan kembali mengangkat perjuangan Melayu. Sebelum ini, PKR seperti juga PAS, telah 'mempersetankan' sahaja perjuangan demi bangsa Melayu. Siapa yang boleh lupa bagaimana beberapa pemimpin mereka mengungkap kata-kata 'malu menjadi Melayu'. Malah, Anwar sendiri menghina ketuanan Melayu. Kononnya, bangsa tidak membawa apa-apa makna dan perlu dilupakan jika kita ingin hidup dalam suasana harmoni dan bersatu padu.

Sedangkan, kaum Cina dan India diberi ruang sebesar-besarnya untuk membela bangsa dan mempertahankan budaya dan bahasa bagi menyatakan kewujudan mereka yang kukuh di negara ini.

Kita pasti tidak semua kaum Melayu itu mudah lupa dan akan melupakan sahaja kata-kata dan layanan PKR terhadap mereka.

Oleh itu, jika PKR serius ingin mengangkat strategi 'membela Melayu' ini sebagai peluru untuk menyerang BN dalam pilihanraya, maka rasanya PKR terpaksa menambahkan lagi bilangan jangkaan kerusi yang mereka akan kalah.

Walaubagaimanapun, kita percaya, PKR cukup sedar akan kesilapan mereka dalam menangani soal 'Melayu' sebelum ini. Oleh yang demikian, mereka tidak meletakkan kaum Melayu sebagai satu faktor khas dalam Sasaran Pengundi. Secara keseluruhannya, pembentangan di dalam Temurapat Pilihanraya PKR tersebut meletakkan hanya tiga golongan sebagai sasaran pengundi iaitu:

1. 'working class' yang mengundi mengikut isu dan berumur antara 26 – 45 tahun,

2. 'golongan muda' yang mengundi mengikut sentimen ahli politik muda dan berumur antara 22 – 25 tahun serta

3. 'pengundi India' yang menjadi kumpulan penentu dan cenderung untuk beralih undi secara besar-besaran.

Secara dasarnya, nampak jelas bahawa PKR sendiri masih mencari-cari kekuatan diri untuk menghadapi PRU kali ini.

Masalah yang dihadapi PKR ialah sama seperti semua parti-parti sekutu dalam Pakatan Rakyat, iaitu walaupun mereka berada dalam satu pakatan tetapi mereka perlu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnya adalah bersendirian. Dengna itu, mereka bukan sahaja beradu kekuatan dengan BN tetapi secara tidak langsung mereka juga terpaksa membuktikan kekuatan sesama sendiri bagi memastikan parti dan pemimpin mereka tetap 'diberi muka' sekiranya PR menang dalam PRU ini.

Lebih malang lagi bagi PKR ialah apabila terdapat beberapa pihak di dalam kepimpinan atasan parti itu sendiri yang juga beradu kekuatan sesama mereka. Kewujudan beberapa 'kem' dan peningkatan rasa curiga serta 'dingin' di antara pemimpin-pemimpin PKR ini juga secara tidak langsung menyumbang kepada ketidakyakinan mereka untuk menang dalam Pilihanraya.

Sumber-sumber dalaman mengesahkan bahawa PKR berada dalam keadaan yang agak 'kecut' untuk menghadapi Pilihanraya ke-13 kali ini.  

PKR pada ketika ini mempunyai 31 kerusi dan mensasarkan tambahan 9 kerusi melalui PRU ini, menjadikan semuanya 40 kerusi.  Walaubagaimanapun, analisis yang dibentangkan dalam Temurapat Pilihanraya parti tersebut memaksa PKR menerima realiti keadaan semasa yang menunjukkan jangkaan kehilangan 16 dari 31 kerusi sedia ada, dan hanya memenangi dua kerusi baru menjadikan jumlah kemenangan hanya 17 kerusi sahaja.

Kerusi-kerusi sedia ada yang dijangka jatuh ke tangan BN ialah Gombak, Indera Mahkota, Ketereh, PJS, Bagan Serai, Wangsa Maju, Ampang, Nibong Tebal, Selayang, Kelana Jaya, Merbok, Lembah Pantai, Telok Kemang, Kuala Langat, Sg. Siput dan Hulu Selangor. 

Kerusi baru yang dijangka dapat ditawan ialah Bukit Katil dan Pandan. 

Sebenarnya, ketidakyakinan PKR untuk menghadapi PRU adalah berasas.  Ini berdasarkan hasil kajiselidik yang diadakan oleh beberapa pihak antaranya, Majlis Professor, universiti-universiti tempatan serta Merdeka Center yang menunjukkan bahawa populariti parti pembangkang semakin merosot akhir-akhir ini.

Malah, dalam semua kajian menunjukkan yang undi masyarakat Cina yang sebelum ini dikatakan amat kritikal bagi BN, juga semakin positif di pihak BN.   Merdeka Center, contohnya, mendapati bahawa kaum Cina merasa gembira apabila Perdana Menteri mengiktiraf sijil Koleh TAR dan menghapuskan Akta Hasutan.

Dengan itu, PKR hanya mampu mensasarkan maksima 70% undi Cina bagi PRU kali ini walaupun sebelum ini begitu gah mengumumkan mendapat sokongan lebih 90% dari kaum itu.   PKR juga menyedari yang undi Melayu kini berbalik kepada BN dengan pantas sekali.  

Oleh yang demikian, antara strategi yang digariskan untuk menghadapi pilihanraya kali ini ialah agar Ketua Umum membuat kenyataan berani dan besar mengenai pembelaan kaum Melayu termasuk menjuarai bebe

Monday, July 30, 2012

28/07/2012
Umno Bahagian telah menganjurkan Majlis sumbangan untuk mesjid dan surau di perkarangan Umno Bahagian Pandan.Ramai hadir termasuk ketua ketua cawangan,imam masjid dan pengerusi dari teratai dan chempaka.Menyampaikan sumbangan Timbalan ketua UMNO bahagian Pandan Mejar (B) Izeham Abd Hamid,turut serta mantan Ketua Bahagian Pandan merangkap bekas Adun Pandan Dato Mat Aris Mat Yusuf,Ketua Wanita Umno Pandan Kakak Noshima dan Penyelaras Dun Chempaka merangkap Ketua Pemuda Pandan Sdr Hisamudin

Sunday, July 29, 2012

Populariti Najib, BN Terus Meningkat

Populariti Najib, BN Terus Meningkat

Kajiselidik berkenaan populariti pemimpin dan parti politik yang diadakan oleh UKM menunjukkan petanda yang baik buat Barisan Nasional dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang. Ini berdasarkan hasil kajian yang mendapati bahawa populariti Dato' Seri Najib meningkat sehingga 76% mengatasi dua pemimpin pembangkang iaitu Anwar Ibrahim dan Nik Aziz.

Melalui pecahan etnik pula, sokongan terhadap Najib di kalangan Melayu berada di tahap 75%, Cina 69.9%, India 71%, Iban 85.5% dan lain-lain etnik Bumi 84.4%.

Kajiselidik yang melibatkan 1,000 warga Lembah Klang pula menunjukkan 69.9% memilih BN akan menang dalam PRU ke-13, 37.5% setuju BN akan menang 2/3 majoriti dan 32.1% lagi merasakan yang BN akan menang mudah.

Dalam pada itu, populariti pemimpin dan parti pembangkang semakin menurun dengan Khalid Ibrahim mendapat tempat tercorot dengan 55% responden di menyatakan tidak yakin dengan PR serta ragu-ragu dengan agenda PR yang banyak merugikan kaum Melayu.

Begitu juga dengan kepimpinan Azizan Razak di Kedah di mana daripada 10,800 responden, 68% daripadanya menyatakan yang beliau tidak cekap dan tidak efisien manakala 72.8% menyatakan yang beliau kurang prihatin dengan isu yang dibangkitkan rakyat.

Selain itu, kajiselidik oleh Free-Test Malaysia Team yang dihantar melalui e.mail mengenai "Undi Anda: Perdana Menteri Malaysia" menunjukkan Najib mendapat 58% sokongan, 25% tidak peduli dan hanya 17% yang memilih Anwar Ibrahim.

Perkembangan ini menunjukkan populariti Dato' Seri Najib meningkat dengan konsisten sejak mula memegang tampuk kuasa. Ini berdasarkan kajian oleh UIA dalam tempoh Mac 2008 hingga Julai 2011 di mana pada Oktober 2008, 35% responden Melayu, 33% Cina dan 41% India menunjukkan yang mereka puas hati atau sangat puas hati dengan Najib tetapi menjelang Julai 2011, penerimaan masing-masing meningkat kepada 59%, 45% dan 62%.

Kajian UIA itu juga mendapati populariti pemimpin-pemimpin pembangkang terus menurun sebelum menjunam terus pada tahun ini sepertimana dapatan dari kajiselidik UKM di atas.

Peningkatan populariti Najib dan BN ini menunjukkan bahawa transformasi yang dilakukan oleh kerajaan telah berjaya dan kesannya dapat dirasakan secara langsung oleh rakyat. Najib ternyata bukan hanya beretorik tetapi langsung tidak membuang masa menyusun dan merangka pelan pentadbiran serta pantas mengambil tindakan untuk membuat perubahan.

Ini menyebabkan, kebanyakan rakyat yang pada mulanya agak ragu-ragu yang beliau akan dapat 'memulihkan' semula keadaan BN yang 'sakit' ketika mula-mula mengambil-alih kuasa, semakin hari semakin yakin dengan kepimpinannya. Hari ini, nampaknya rakyat telah bersedia untuk meletakkan harapan dan kepercayaan kepada BN dan Najib untuk menerajui nasib dan masa depan negara.

Walaupun kecekapan, kejujuran dan kebijaksanaan mengurus-tadbir merupakan faktor utama yang menyebabkan populariti BN meningkat dengan konsisten, tetapi kita tidak wajar menafikan peranan pembangkang dalam membantu melonjakkan lagi geraf populariti ini.

Ertinya, kelemahan pembangkang dalam mengurus-tadbir negeri-negeri di bawah jajahan mereka juga menjadi punca rakyat terus memberi sokongan kepada BN. Kelemahan pembangkang inilah yang memberikan markah bonus kepada BN dalam 'pertandingan populariti' di kalangan rakyat. Lebih malang bagi pembangkang apabila pemimpin-pemimpin mereka juga terlalu sering terlibat dalam skandal serta gagal menangani segala isu dengan baik yang mana menyebabkan geraf populariti mereka terus menurun sekali gus geraf BN terus meningkat.

Di mata rakyat, pembangkang dilihat sebagai pengkhianat kerana begitu berminat untuk menimbulkan huru-hara dengan berdemonstrasi di sana sini atas alasan yang sengaja diada-adakan, kurang matang dan tidak masuk akal. Sikap 'khianat' pembangkang ini benar-benar memberi kesan kepada golongan atas pagar yang mewakili majoriti pengundi dalam pilihanraya nanti.

Pendek kata, pembangkang bukan saja tidak bijak mengurus negeri tetapi juga kurang bijak dalam menyusun strategi politik walaupun saban hari kerja mereka hanyalah berpolitik. Dalam ertikata lain, politik keterlaluan pembangkang telah mengakibatkan rakyat semakin muak dengan mereka.

Dengan itu, jika BN meneruskan prestasi cemerlangnya, dan PR juga meneruskan cara politik huru-haranya, maka populariti BN pasti mampu mencapai tahap maksima menjelang pilihanraya nanti.

Rakyat Terus Utuh Bersama PM, Sokongan Cina Menunjukkan Peningkatan

Sewaktu Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak baru mengambil alih jawatan Perdana Menteri pada April 2009, tika itu suasana politik negara masih lagi hangat manakala sokongan masyarakat kepada parti memerintah masih berada ditahap rendah.
Dengan kekuatan sokongan masyarakat Melayu masih terbahagi tiga manakala sokongan dari kaum Cina dan India semakin jatuh merudum, kedudukan Barisan Nasional (BN) seolah-olah berada di persimpangan dilema yang agak sukar untuk dirungkai permasalahannya.
Dilihat seimbas lalu, situasi tersebut hampir sama dengan sejarah awal tampuk pemerintahan negara waktu diambil alih oleh ayahanda beliau pada awal 1970-an dulu.
Saat itu juga, kerajaan yang memerintah baru sahaja mengalami kejutan dalam pilihanraya 1969 manakala beberapa hari selepas itu ketenteraman dalam negara pula tergugat dengan peristiwa rusuhan kaum 13 Mei.
Dengan hubungan kaum yang agak tegang dan kekuatan kerajaan yang memerintah agak rapuh waktu itu, sekiranya sedikit tersilap langkah dan salah percaturannya ada kebarangkalian masa depan negara juga boleh tergugat sama sekali.
Namun, syukurlah berkat kesungguhan Tun Abdul Razak yang cukup sabar, tabah dan gigih berusaha menyelesaikan satu persatu masalah yang timbul akhirnya bahtera negara kembali ke landasan yang betul dan terus memacu ke hadapan dengan jayanya.
Seperti mengulangi sejarah lampau, Najib juga tidak kekok dalam menghadapi bebanan masalah dan tidak sesekali cuba menghindarinya. Beliau seperti meneladani kesungguhan dan kegigihan usaha seperti ayahandanya dalam mendepani cabaran semasa.
Hasil kesabaran dan usaha berterusan tanpa mengira penat lelah akhirnya membawa kepada peningkatan sokongan rakyat kepada dirinya dan juga BN selaku parti pemerintah.
Sesungguhnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak sudah berada di landasan yang betul dalam memacu negara terus maju ke hadapan. Dengan sokongan rakyat yang semakin utuh kepadanya sebagai mana di dibuktikan oleh beberapa kajian akademik oleh pihak UUM dan MPN.
Malah kajian terbaru dari Merdeka Center yang menunjukkan peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada PM mencapai angka 42% juga merupakan satu petanda baik yang kesemuanya ini adalah hasil usaha transformasi berterusan yang dilaksanakan oleh kerajaan BN.
Walaupun mungkin ada sedikit sebanyak khilaf dari segi ketepatannya, setiap kajian ini menggunakan sampel dan kaedah kajian yang berbeza namun kesemuanya berkongsi satu keputusan yang sama - rakyat semakin selesa dengan corak pentadbiran PM dan semakin yakin dengan BN.
Justeru itu, sekiranya mood dan trend ini dapat dikekalkan atau terus dipertingkatkan lagi, tidak mustahil tsunami politik yang melanda negara semasa PRU 2008 akan dapat di tukar halanya untuk menumbangkan pula beberapa negeri yang kini dikuasai pakatan pembangkang.

Saturday, July 28, 2012

RAKYAT DERITA AKIBAT PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA ISU AIR

RAKYAT DERITA AKIBAT PEMBANGKANG SELEWENG FAKTA ISU AIR

Seawal Ogos 2011 kerajaan pusat telah memberi amaran mengenai krisis bekalan air yang akan bakal melanda menjelang tahun 2014.

Bukan sahaja Selangor, malah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Putrajaya akan turut merana dengan melibatkan lebih 1.8 juta pengguna.

Ini bermakna Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (TTHA) sudah menyalakan lampu amaran merah sejak setahun lalu supaya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor bersikap rasional dan pro-rakyat untuk bekerjasama dalam menjayakan Skim Bekalan Air Mentah dari Pahang ke Selangor.

Skim mega ini melibatkan projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan pembinaan sistem-sistem bekalan air yang berkaitan dengannya.

Projek ini amat diperlukan kerana ia akan memastikan pemintaan bekalan air akan mampu ditampung secara stabil sehingga tahun 2029.

Apa yang Pakatan Rakyat lakukan setakat ini?

Mereka memilih untuk berpeluk tubuh dan tidak berbuat apa-apa dengan bermain politik kepartian sempit yang membahayakan kebajikan rakyat.

Pakatan Rakyat menunjukkan sikap keras kepala dan masih dengan alam fantasinya dengan mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga tahun 2019.

Hasilnya, kini beberapa kawasan Kuala Lumpur,Hulu Langat dan Klang sering mengalami gangguan bekalan air akibat krisis air yang semakin serius di Lembah Klang.

Sebelum keadaan menjadi lebih parah, kerajaan pusat terpaksa mengambil langkah drastik untuk melaksanakan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, samada dengan kerjasama kerajaan Pakatan Rakyat Selangor atau tidak.

Bagi kerajaan Barisan Nasional, kebajikan dan jaminan bekalan air bersih kepada rakyat wajib diutamakan, apa pun aral yang melintang atau halangan yang bakal di hadapinya dari Pakatan Rakyat.

Biarlah pembangkang bermain politik dengan menggadaikan hak rakyat namun BN sesekali tidak akan menghukum rakyat hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Apabila ditekan oleh kerajaan pusat mengapa Pakatan Rakyat masih mahu menangguhkan Projek Loji Rawatan Air Langat 2, bermacam-macam alasan yang tidak logik dan masuk akal diberikan oleh Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Pakatan Rakyat bukan sahaja mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan malah memutar belit fakta kerana takut rakyat menolak mereka apabila tahu kedudukan isu yang sebenar.

Pada 23 Julai lalu, Exco Kesihatan,Pekerja Ladang,Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Selangor, Dr Xavier Jayakumar mendakwa kerajaan negeri memohon RM225 juta dari kerajaan pusat bagi meningkatkan penjanaan air terawat di Loji Rawatan Air Sungai Selangor 1 (SSP1) dan Sungai Selangor 3 (SSP3).

Pakatan Rakyat cuba mengalih kesalahan ke atas bahu kerajaan pusat sekiranya permohonan peruntukan itu tidak diluluskan.

Sebenarnya sudah lama kerajaan pusat mengambil inisiatif untuk melaksanakan projek-projek mitigasi bagi mengelakkan krisis air berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya walaupun mendapat tentangan daripada Pakatan Rakyat Selangor.
Walaupun kerajaan negeri bertanggungjawab untuk memastikan semua loji rawatan air di Selangor membekalkan air terawat yang mencukupi untuk diagihkan kepada pengguna, namun kerajaan pusat prihatin dengan meluluskan peruntukan RM606 juta bagi pelaksanaan lapan projek mitigasi bagi mengelak krisis air pada tahun 2014.

Dengan kelulusan dana tersebut, kerajaan negeri Selangor kemudian bersetuju pula untuk melaksanakan 5 daripada 8 projek tersebut bernilai RM301 juta.

Bukankah dengan bersetuju melaksanakan lima projek mitigasi dengan bantuan kewangan dari kerajaan pusat, Selangor sebenarnya akur kebenaran bahawa krisis air akan berlaku dua tahun dari sekarang?

Maka hujah Pakatan Rakyat mengatakan bekalan air terawat mencukupi sehingga 2019 adalah palsu dan tidak disokong oleh fakta yang jelas.

Pada hari yang sama juga di dalam lama sesawang Selangorku, Dr Xavier membuat satu lagi pembohongan bahawa tanggungjawab menyelenggara dan meningkatkan kemampuan aset air di Selangor seperti loji adalah di bawah kerajaan pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).

Beliau memberi alasan palsu dengan mengatakan aset-aset air tersebut telah dipajak kepada kerajaan pusat dan Syabas.

Hakikatnya, Selangor sebagai pemilik semua aset air di negeri itu, tidak pernah memajak mana-mana aset airnya kepada kerajaan pusat apa lagi Syabas.

Kedudukan sebenarnya adalah begini - kerajaan negeri Selangor memiliki aset air sebagaimana peruntukan perundangan di bawah Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) khususnya di bawah Seksyen 188 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655).

Akta ini bertanggungjawab bagi memastikan ketersediaan bekalan air terawat atau 'water supply availability' di loji-loji rawatan air di negeri Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Fungsi utama Syabas hanyalah
sebagai operator pengagihan air di negeri Selangor iaitu untuk membekal dan mengagihkan bekalan air terawat.

Tugas teras Syabas ini telah termaktub di bawah Seksyen 191 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) oleh SPAN.

Jadi bukan menjadi bidang tugas Syabas untuk memastikan ketersediaan bekalan air terawat.

Kemudian pembohongan berterusan Pakatan Rakyat berhubung isu air di Selangor di sambung pula oleh Ahli Parlimen Klang dari DAP, Charles Santiago.

Beliau berkata kenyataan Timbalan Perdana Menteri bahawa catuan air tidak perlu dalam masa terdekat menunjukkan Selangor tidak mengalami krisis bekalan air sekaligus menafikan keperluan pembinaan Projek Loji Rawatan Air Langat 2.

Kenyataan Tan Sri Muyiddin Yasin sama sekali tidak bercanggah dengan kenyataan Menteri TTHA, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui sebelumna yang mengatakan krisis air akan berlaku pada tahun 2014.

Perlu diketahui bahawa kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang sehingga kini enggan memberi kelulusan 'development order' bagi Projek Loji Rawatan Air Langat 2 supaya projek itu dapat disiapkan pada tahun 2014.

Untuk menyelamatkan keadaan,
kerajaan pusat meluluskan peruntukan RM606 seperti yang telah diterangkan di atas.

Mungkin wakil rakyat DAP itu tidak membaca atau cuba menafikan kenyataan SPAN bahawa walaupun bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya keseluruhannya masih terkawal, terdapat beberapa kawasan dikenal pasti sering mengalami gangguan bekalan air.

Ini kerana rizab simpanan air yang sangat rendah iaitu purata 2.5 peratus sahaja berbanding paras optimum sebanyak 10 peratus.

Atas pandangan ini, maka Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Isu-Isu Bekalan Air Selangor telah memutuskan catuan air tidak perlu buat masa ini kerana bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah mencukupi.

Bagaimanapun kerajaan meminta SPAN mengenal pasti kawasan yang kerap menghadapi gangguan bekalan air dan menyediakan pelan kontingensi sebagai persediaan menghadapi catuan.

Jika perlu, SPAN harus berbincang dengan Syabas dan kerajaan negeri Selangor bagimemastikan pengguna di kawasan terbabit mendapat maklumat yang jelas mengenai sebarang catuan air di masa hadapan.

Tidak cukup dengan dakwaan menyeleweng itu, Charles bermain dengan kata-kata bahawa jika tidak perlu catuan air, maka tidak adalah masalah air.

Jika tidak ada masalah air, mengapa pula kerajaan pusat mahu membina Loji Rawatan Air Langat 2?

Ini yang dikatakan logik songsang puak pembangkang.

Tidak mengenakan catuan air buat masa sekarang tidak bermakna masalah air tidak akan wujud pada masa akan datang.

Berlainan dengan mentaliti pembangkang yang mempunyai akal pendek dan fikiran cetek, kerajaan pusat telah melakukan kajian terperinci sejak tahun 2000 lagi mengenai Projek Loji Rawatan Air Langat 2 yang dirancang untuk memenuhi permintaan bekalan air pada tahun 2014.

Hasil kajian ini telah diperakui oleh SPAN yang juga menjangka jumlah bekalan air dalam sistem bekalan air sedia ada tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan pada tahun 2014.

Malah SPAN juga mengunjurkan bekalan air yang dikeluarkan oleh 34 loji rawatan air di Selangor hanya dapat memenuhi permintaan air sehingga penghujung tahun 2012 sahaja!

Oleh itu, amat penting Loji Rawatan Air Langat 2 dibina sekarang bagi mengelakkan sebarabg krisis air menjelang, bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan.

Charles juga menunjukkan kebodohannya dengan mendakwa desakan membina Loji Rawatan Air Langat 2 adalah untuk memberi kontrak pembinaan lumayan kepada kroni Umno-BN.
Telah diumum serta ditegaskan oleh kerajaan pusat Projek Loji Rawatan Air Langat 2 akan cdilaksanakan secara tender terbuka kepada semua syarikat yang berkelayakan, malah anak syarikat kerajaan negeri Selangor juga dijemput menyertai proses tender.

Jadi jelas wakil rakyat DAP itu mereka-reka cerita untuk menutup kegagalan pembangkang menyelesaikan masalah bekalan air di Selangor.

Selepas Dr Xavier, Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains Teknologi dan Inovasi
Selangor, Rodziah Ismail pula bercakap tanpa mengguna otak.

Beliau mendakwa kerajaan negeri mahu ambil alih operasi Syabas kerana ia tidak mampu urus bekalan air tetapi usaha ini dihalang oleh kerajaan pusat.

Pembangkang cakap sembrono tanpa berlapikkan fakta yang tepat.

Ini kerana kerajaan pusat meluluskan permohonan kerajaan negeri Selangor atas tiga sebab:

1. kes yang difailkan oleh Syabas sejak tahun 2009 untuk menuntut pampasan berhubung keengganan kerajaan negeri menaikkan tarif air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya masih belum selesai di mahkamah.

2. Syabas dan kerajaan negeri Selangor didapati melakukan keingkaran manakala tuduhan kerajaan negeri atas keingkaran yang dilakukan oleh Syabas tidak cukup kukuh sebagai alasan untuk mengambil alih operasi syarikat itu di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi.

Mutakhir, Menteri Besar, Abdul Khalid Ibrahim membuat kenyataan pada 26 Julai lalu yang dilapor oleh akhbar The Star bahawa kapasiti pengeluaran air di 34 loji rawatan air di Selangor pada masa ini adalah 4,807 juta liter sehari berbanding kemampuan agihan Syabas sebanyak 4,371 juta liter sehari.

Ini pun satu penipuan oleh Bapak Penipu di Selangor.

Berdasarkan maklumat SPAN, 34 buah loji rawatan air di Selangor direka bentuk untuk menghasilkan 4,581 juta liter sehari.

Oleh sebab kekangan dalam sistem pengeluaran beberapa loji dan sistem pengagihan pada masa ini, kapasiti air yang dapat diagihkan kepada pengguna hanya sebanyak 4,371 juta lkiter sehari sahaja.
Apabila projek Mitigasi 1 dan 2 berharga RM606 juta yang dilaksanakan oleh kerajaan pusat siap kelak, barulah pengeluaran air dapat ditingkatkan kepada paras optima 4,581 juta liter sehari.

Jumlah kapasiti pengeluaran yang disebut oleh Khalid sebanyak 4,807 juta liter sehari sebenarnya adalah jumlah kapasiti reka bentuk loji serta mengambil kira kapasiti lebihan yang dihasilkan oleh 5 loji yang sedang dioperasikan melebihi tahap reka bentuk iaitu Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor 2, LRA Sungai Semenyih, LRA Sungai Langat, LRA Sungai Batu dan LRA Bukit Tampoi.

Buat masa ini kapasiti yang relevan dalam pengagihan bekalan air kepada pengguna ialah 4,371 juta liter sehari. Inilah keperluan sebenar pengguna.

Angka kapasiti reka bentuk iaitu 4,581 juta liter sehari atau kapasiti pengeluaran loji sebanyak 4,807 juta liter sehari yang dipetik oleh Menteri Besar, tidak mencerminkan jumlah bekalan air sebenar yang boleh diagihkan kepada pengguna.

Ia juga memberi gambaran salah tentang kadar rizab simpanan bekalan air di Selangor pada ketika ini.
Menyelewengkan fakta untuk mengaburi mata rakyat akan menyebabkan perancangan bekalan air menjadi pincang dan seterusnya menyebabkan pengguna air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menghadapi risiko krisis air pada masa hadapan.

Tidak pernah terlintas di fikiran Pakatan Rakyat Selangor untuk melaksanakan sebarang projek mitigasi untuk meningkatkan kapasiti loji rawatan air sedia ada seperti yang didakwa oleh Khalid dan barisan Exconya.

Walaupun hakikatnya 33 daripada 34 buah loji tersebut adalah aset milik kerajaan negeri, Pakatan Rakyat Selangor lebih banyak menggunakan masa mereka untuk berbohong kepada rakyat sementara masa depan bekalan air negeri itu berada di hujung tanduk.

ends

Wednesday, July 25, 2012

Wan Azizah Bertanding Di Selangor?

Wan Azizah Bertanding Di Selangor?

Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13. Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini. Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya.

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti.

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu. Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya.

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan 'orang-orangnya'. Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung.

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin.

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR. Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri. Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak.

Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus. Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini. Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya. Azmin adalah 'raksaksa' ciptaan Anwar. Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah.

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbulkan keraguan terhadap Azmin di mata Anwar. Nampaknya, kesetiaan Wan Azizah kepada suami peliwat dan penzinanya berbaloi juga.

Wan Azizah mendapat sokongan padu dari Khalid Ibrahim, justeru, beliau mempunyai kelebihan kerana mendapat akses kepada maklumat dan bantuan kerajaan negeri secara langsung. Jika Wan Azizah menang, beliau pastinya akan dapat mempengaruhi kerajaan negeri dan memastikan kem Azmin dihapuskan terus.

Dengan begitu ramai di dalam PKR yang semakin 'cuak' dengan Azmin kerana dilihat sebagai sudah hilang kawalan, Wan Azizah percaya yang beliau berada dalam keadaan selesa dan bersedia untuk 'mencabar' Azmin secara halus.

Sememangnya, parti PKR tidak pernah lekang dari konflik dalaman sejak mula ditubuhkan sehingga memaksa begitu ramai pemimpin dan ahli meninggalkan parti itu saban hari. Konflik dalaman PKR adalah serius dan 'pelik' kerana ia bukan sekadar konflik perebutan kerusi politik, tetapi membabitkan skandal seks, masalah keluarga, manipulasi undi dalam pemilihan dan berbagai-bagai lagi.

Namun, kita tidak pasti sejauh mana konflik dalaman PKR ini dapat mempengaruhi penyokong-penyokong mereka.

Bayangkan, bagaimana parti sebegini dapat memerintah negara dengan baik? Bagaimana kita boleh mengharapkan puak-puak yang asyik bergaduh dan saling bersyak-wasangka sesama sendiri untuk menerajui negara mahupun negeri atau kawasan?

Yang pastinya, sama ada Wan Azizah menang atau tidak di kerusi yang ditandinginya ia tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada rakyat di kawasan tersebut dan keseluruhannya. Percayalah, pemimpin PKR bertanding bukan kerana ingin berkhidmat kepada rakyat tetapi hanya sekadar ingin bertanding dan memakai gelaran 'pemimpin'. PKR adalah parti yang ditubuhkan kerana Anwar dan untuk Anwar serta keluarganya. Inilah yang rakyat perlu terima jika ingin memangkah mereka dalam pilihanraya.

Baru-baru ini, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengesahkan akan bertanding kerusi DUN dalam PRU-13.  Katanya lagi, beliau hanya layak bertanding di kerusi DUN di mana beliau bakal mengundi.

Ini bermakna yang Wan Azizah akan bertanding di Selangor, memandangkan kawasan mengundi beliau adalah di negeri ini.   Namun, kawasan mana yang akan ditandinginya masih lagi menjadi tandatanya. 

Beliau juga membayangkan kemungkinan terbabit dalam pentadbiran negeri jika menang nanti. 

Nampaknya, Wan Azizah kini bukan lagi Wan Azizah yang dahulu.  Beliau bukan lagi wanita atau isteri yang hanya mengikut telunjuk suami di mana jika disuruh menipu, menipu, disuruh menangis, menangis, disuruh bertanding, beliau bertanding dan jika disuruh melepaskan kerusi, maka beliau pun melakukannya. 

Kali ini Wan Azizah membuat keputusan sendiri dan beliau nampaknya yakin dengan kesetiaan serta kebolehan 'orang-orangnya'.  Tindakan Wan Azizah ini dilihat bertitik-tolak dari permusuhannya dengan Azmin Ali yang tidak lagi dapat dibendung. 

Difahamkan, Wan Azizah berjaya mempengaruhi Anwar untuk menyenaraikan orang-orang dari kemnya sebagai calon sekali gus menolak orang-orang dari kem Azmin. 

Azmin sudah keterlaluan atau melampau, kata sesetengah pihak dalam PKR.  Azmin tidak tahu menghormati sesiapa sama ada Menteri Besar, Presiden parti malah ibunya sendiri.  Demi mengekang penguasaan Azmin, Wan Azizah perlu bertindak. 

Azmin adalah produk Anwar seratus-peratus.  Beliau merupakan anak didik, kekasih, pembantu dan segala-galanya bagi Anwar selama ini.  Di satu tahap, Azmin sudah menjadi Anwar seratus peratus juga iaitu gila kuasa, rakus dan degil dan Anwar menyedarinya.  Azmin adalah 'raksaksa' ciptaan Anwar.  Setelah mengesan bahaya Azmin, Anwar pun mula belajar memberi perhatian kepada pendapat isterinya, Wan Azizah. 

Dengan perkembangan ini Wan Azizah mendapat keyakinan baru sehingga akhirnya berjaya menimbu

Tuesday, July 24, 2012

Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Projek Langat 2 Talian Hayat Penduduk Lembah Klang

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersih untuk kegunaan rakyat, itu yang sewajarnya menjadi prioriti kerajaan negeri sejak dulu lagi tapi malangnya Khalid lebih rela mempertaruhkan masa depan rakyat Selangor & penduduk Lembah Klang.

Keputusan tegas Kerajaan Pusat menolak rancangan kerajaan negeri yang mahu mengambil alih Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd (SYABAS) nyata tepat dan memenuhi kehendak majoriti penduduk Lembah Klang.

Serentak dengan keputusan tersebut, Kerajaan Pusat memutuskan untuk meneruskan projek Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) dan Projek Penyaluran Air Mentah Pahang Selangor (PPAMPS) walaupun tanpa kerjasama kerajaan negeri.

Langkah berani dan segera ini amat diperlukan demi menjaga kepentingan rakyat selain mengelakkan kesan buruk pada ekonomi negeri dan negara sekiranya masalah air terus dipolemikkan oleh kerajaan negeri yang hanya tahu berdolak dalik.

Ramai rakyat Selangor serta penduduk sekitar Lembah Klang yang mengurut dada berasa lega atas keputusan tersebut yang dikira sebagai petanda baik dan hikmah sempena bulan Ramadhan Al-Mubarak.

Bagi mereka, kepayahan hidup yang terpaksa dilalui sewaktu krisis air 1998 agak perit untuk diharungi sekali lagi. Malah sekiranya krisis seperti itu terjadi lagi sebagaimana diramalkan, tidak mustahil situasinya akan lebih teruk.

Projek Langat 2 bukan sekadar bakal mencegah risiko krisis air yang digeruni itu malah tidak salah jika diibaratkan umpama talian hayat penting bagi penduduk sekitar Lembah Klang.

Reputasi buruk kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Khalid Ibrahim yang masih gagal menyelesaikan masalah kutipan sampah sarap, jalan berlubang dan lain-lain tidak menyukarkan kita untuk membayangkan nasib SYABAS sekiranya berjaya diambil alih oleh kerajaan negeri.

Kemampuan sebenar Khalid hanya sekadar gah beretorik sahaja. Cukuplah dua tahun dibazirkan begitu sahaja gara-gara terpaksa melayan kerenah Khalid Ibrahim yang masih berselindung disebalik tarif air dan penstrukturan semula syarikat bekalan air sedangkan kedua-dua perkara tersebut boleh dibincangkan kemudiannya.

Keutamaan sekarang ini ialah segera menyelesaikan masalah bekalan air bersi

Kenapa Pembangkang Meroyan Dengan Tema Hari Kemerdekaan?

Slogannya mudah, "Janji DiTepati" tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan. Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini. Marah benar mereka dengannya.

Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik.

Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji? Sedangkan, yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan, bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati.

Malang bagi pembangkang apabila slogan 'Janji DiTepati' yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula.

Maka, dua kali meroyanlah pembangkang.

Sakit benar pembangkang apabila ditampar oleh slogan ini. Maklumlah, mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka. Lihat saja Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di mana PR berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya, kampung itu yang lenyap begitu saja.

Dan siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September? Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU1999?.

Ada juga janji 'syurga akhirat' tetapi hasilnya ialah 'syurga dunia' iaitu rumah-rumah urut, pusat karaoke, pusat judi dan hiburan malam yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri yang diperintah mereka.

Sungguhpun begitu, pembangkang tidak serik untuk berjanji. Sehingga hari ini, pembangkang terus-terusan menabur janji, pendidikan percumalah, harga minyak turunlah, penghapusan tol dan berbagai-bagai lagi janji yang tak masuk akal.

Sedangkan, setelah 3 tahun memerintah di beberapa negeri, pembangkang masih gagal memenuhi manifesto mereka termasuk yang mudah-mudah. Malah dalam beberapa janji 'bulan-bintang' yang dibuat, hasilnya ialah 'racun-tuba'. Contohnya, tariff air di Kedah dan bekalan air di Selangor.

Walaupun dibentangkan logik matematik untuk menangkis janji tidak masuk akal mereka, pembangkang tetap tegar mengulangi janji yang sama. Kerana apa? Kerana itu saja yang mereka mampu lakukan iaitu 'berjanji' dan bukan 'menepati janji'.

Dengan mengambil sikap meroyan sebegini, jelaslah bahawa pembangkang cukup sedar akan ketidakmampuan mereka memenuhi janji. Kerana itu, pembangkang benar-benar fobia dengan ayat 'janji ditepati' ini.

Hakikatnya, 'janji ditepati' adalah slogan kerajaan, bukan UMNO dan bukan BN. Ia merupakan satu kenyataan terhadap komitmen kerajaan untuk berkhidmat kepada rakyat. Dan komitmen ini telah membuahkan hasil di mana rakyat dapat menikmatinya. Seharusnya semua rakyat meraikan tema ini dan bukannya fobia dengannya.

Tidak wajar kita mengaitkan segala-galanya dengan politik sepertimana yang cuba diterapkan oleh pembangkang. Jika kita melihat dunia secara jujur, kita pasti memahami bahawa tiada salahnya dengan slogan yang membawa kebenaran. Lainlah jika slogannya bertulis 'janji ditepati' tetapi yang berlaku adalah sebaliknya.

Tetapi, hari ini, kita menerima segala-galanya yang dijanjikan oleh kerajaan, maka kenapakah kita perlu mempertikaikan tema yang benar tersebut?

Pembangkang boleh menuduh tema yang jujur itu sebagai politik, tetapi apa yang penting di sini adalah kejujuran itu sendiri yang mana pembangkang tidak memilikinya. Kerana itulah mereka meroyan dan menggelupur bagai cacing kepanasan dengan tema Hari Kebangsaan tahun ini.

Kenapa Pembangkang Meroyan Dengan Tema Hari Kemerdekaan?

Slogannya mudah, "Janji DiTepati" tetapi cukup untuk membuatkan Pakatan Rakyat meroyan.   Kebanyakan blog dan laman-laman sosial pembangkang telah tanpa segan silunya, meluahkan rasa resah gelisah dengan slogan ini.   Marah benar mereka dengannya. 

Tidak semena-mena, slogan yang jujur dan ikhlas ini dikatakan mereka berunsur politik.  

Tidak dapat difahami, di manakah politiknya dalam menepati janji?   Sedangkan, yang politiknya ialah apabila kita menabur janji bulan, bintang dan matahari yang mustahil untuk ditepati. 

Malang bagi pembangkang apabila slogan 'Janji DiTepati' yang digunakan sebagai iklan bagi mempromosi bantuan-bantuan yang diberikan kerajaan kini dipilih sebagai Tema Hari Kebangsaan pula.  

Maka, dua kali meroyanlah pembangkang.

Sakit benar pembangkang apabila ditampar oleh slogan ini.  Maklumlah, mereka belum mampu menepati satu pun janji-janji mereka.   Lihat saja Kampung Buah Pala, Pulau Pinang di mana PR berjanji akan menyelesaikan masalah mereka dalam masa 2 minggu sahaja tetapi akhirnya, kampung itu yang lenyap begitu saja. 

Dan siapa yang boleh lupa akan Janji 16 September?  Atau janji hudud di Terengganu sebaik ayam berkokok jika PAS memerintah pada PRU1999?. 

Ada juga janji 'syurga akhirat' tetapi hasilnya ialah 'syurga dunia' iaitu rumah-rumah urut, pusat karaoke, pusat judi dan hiburan malam yang tumbuh bagai cendawan di semua negeri yang diperintah mereka. 

Sungguhpun begitu, pembangkang tidak serik untuk berjanji.   Sehingga hari ini, pembangkang terus-terusan menabur janji, pendidikan percumalah, harga minyak turunlah, penghapusan tol dan berbagai-bagai lagi janji yang tak masuk akal. 

Sedangkan, setelah 3 tahun memerintah di beberapa negeri, pembangkang masih gagal memenuhi manifesto mereka termasuk yang mudah-mudah.  Malah dalam beberapa janji 'bulan-bintang' yang dibuat, hasilnya ialah 'racun-tuba'.  Contohnya, tariff air di Kedah dan beka

Monday, July 23, 2012

Najib di Usia 59 Tahun

Jasa Najib di Usia 59 Tahun

YAB Dato' Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan. Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato' Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya.

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun.

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana. Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah.

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak.

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur.

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai latihan dan peralatan terkini.

Setelah kementerian tersebut berada di tahap yang membanggakan beliau diberi pula tanggungjawab untuk menerajui Kementerian Pelajaran. Di sini, beliau mengstruktur semula dan mengswastakan universiti awam serta menggalakkan kerjasama dengan universiti luar negara. Antara jasa beliau di kementerian ini yang dapat dinikmati secara langsung oleh para guru hari ini ialah menaiktaraf sijil pendidikan kepada diploma bagi menaikkan tanggagaji guru-guru.

Khidmat Najib sebagai Menteri Pertahanan sekali lagi diperlukan pada tahun 1995. Beliau pun mengambil peluang ini untuk meningkatkan moral Angkatan Tentera Malaysia yang telah sedia dihormati dunia, dengan memperkenalkan skim perumahan yang lebih baik, pengstukturan semula elaun dan juga pendapatan mereka.

Jelas, jasa-jasa Dato' Seri Najib sebelum menjadi Perdana Menteri juga sudah tidak terhingga banyaknya.

Najib dilantik sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009, dan sejak itu, beliau langsung tidak membuang masa untuk bekerja. Dalam masa hanya 3 tahun, idea transformasinya ternyata berjaya dilaksanakan, malah berjaya membuahkan hasil dan bukannya hanya slogan kosong.

Beliau pantas memperkenalkan Pelan Transformasi Kerajaan (GTP) bagi meningkatkan kualiti, kecekapan dan ketelusan dalam sektor perkhidmatan awam dan kerajaan. KPI diperkenalkan bagi mengukur tahap pencapaian pegawai dan juga agensi-agensi kerajaan.

Selain itu, National Key Result Areas (NKRA) diumumkan sebagai garis perancangan untuk menangani 7 perkara yang melibatkan rakyat dan negara, iaitu mengurangkan jenayah, memerangi rasuah, meningkatkan pencapaian pelajar, menaikkan taraf hidup golongan berpendapatan rendah, meningkatkan infrastruktur asas di kawasan luar bandar, memastikan bekalan air bersih dan dirawat, meningkatkan sistem pengangkutan awam di bandar dan menangani masalah kos sara hidup.

Kesemua ini telah dan sedang berjalan lancar manakala sebahagian besarnya telah pun menunjukkan hasil yang memuaskan. Ternyata, beliau adalah seorang yang mengotakan apa yang dikata dan tanpa membuang masa.

Kempen 1Malaysia yang dilancarkan beliau juga mendapat tempat di hati rakyat yang rata-ratanya menyokong perpaduan di bawah nama satu bangsa.

Dalam masa tiga tahun pemerintahan beliau juga, Najib berjaya mengekalkan kekukuhan ekonomi Malaysia bermula dengan lonjakan paling tinggi dalam GDP sehingga 5.9% pada September 2009 dari rekod yang rendah pada Mac 2009 iaitu -7.6% sebelum beliau pengambil-alihan tampuk pemerintahan

Kestabilan politik dan ekonomi dalam negara hasil dari kepimpinan Najib, telah membolehkan kerajaan mengumumkan bantuan-bantuan bersifat langsung kepada rakyat, antaranya BR1M, KR1M, TR1M, Klinik 1Malaysia dan berbagai-bagai lagi.

Berdasarkan fakta di atas, pendek kata, sejurus selepas mencapai usia dewasa, iaitu di awal 20-an, Najib telah tidak berhenti-henti menabur jasa kepada rakyat. Namun, di usia 59 tahun hari ini, Najib tidak langsung menganggap kedudukannya sebagai balasan kepada jasa-jasanya tetapi mengambil sikap seolah-olah beliau pula yang terhutang budi dengan rakyat kerana memberi keyakinan kepadanya. Justeru itu, beliau terus tegap bersemangat untuk berkhidmat dan menabur jasa tanpa merasa jemu atau letih.

Sesungguhnya tidak seorang pun dari rakyat Malaysia yang mampu menafikan segala jasa-jasa beliau walaupun mereka mungkin merupakan penyokong pembangkang. Tiada siapa boleh menafikan yang mereka menerima wang tunai serta bantuan langsung dari berbagai-bagai program yang diilhamkan Najib.

Sememangnya, sudah menjadi tuntutan agama dan moral bagi kita semua untuk mengucapkan terima kasih kepada beliau atas segala jasa yang dicurahkan. Dengan itu, kita mendoakan agar Dato' Seri Najib dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik agar dapat terus berkhidmat kepada negara dan juga rakyat.

Selamat Ulang Tahun, Dato' Seri Najib, Perdana Menteri yang dikasihi lagi dihormati!

YAB Dato' Seri Najib mungkin baru 3 tahun memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, namun jasa-jasa beliau kepada rakyat dan negara begitu banyak dan sukar untuk disenaraikan.  

Bermula dari usia 22 tahun, Najib telah pun menjadi Ahli Parlimen sebelum dilantik menjadi Timbalan Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan Pos dan kemudiannya Timbalan Menteri Pelajaran serta Timbalan Menteri Kewangan.  Ini bermakna, di usia yang begitu muda, Dato' Seri Najib telah pun menabur jasa kepada rakyat melalui portfolio-portfolio yang dipegangnya. 

Kewibawaan, kesungguhan dan keikhlasan beliau berkhidmat telah mendapat perhatian Perdana Menteri pada ketika itu, iaitu Dr. Mahathir Mohamad yang kemudiannya mencalonkan beliau ke kerusi DUN Pekan yang membawa kepada perlantikannya sebagai Menteri Besar Pahang di usia 29 tahun. 

Lanjutan dari itu, Najib sebagai Menteri Besar menjadi antara tokoh perintis Yayasan Pahang bagi mempromosi pendidikan dan sukan di kalangan belia melalui biasiswa dan dana.   Beliau juga berjaya menjana pendapatan negeri melalui sumber semulajadi dan kerjasama dengan FELDA, dengan membuka jalan untuk skim pendudukan tanah baru bagi memberi peluang pendapatan kepada golongan miskin dan tidak memiliki tanah. 

Selain menyumbang melalui politik, Najib yang dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Penternakan, Majuternak, telah menggunakan sepenuh peluangnya di sana untuk mencari idea-idea baru bagi membantu para penternak. 

Dan apabila beliau memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, kesungguhan beliau meningkatkan mutu sukan negara ternyata membawa hasil apabila Malaysia berjaya menunjukkan pencapaian terbaik di Sukan SEA 1989 yang diadakan di Kuala Lumpur. 

Pada tahun 1991, Najib dilantik menjadi Menteri Pertahanan dan sehingga kini beliau tetap dianggap sebagai Menteri Pertahanan terbaik bagi Malaysia. Beliau memodenkan dan meningkatkan kredibiliti Angkatan Tentera Malaysia melalui berbagai lat