Tuesday, August 28, 2012

Rakaman Tuduhan Mansor Bakal Disebar

Pada 16/17 Ogos lalu, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Mansor Othman dikatakan berada dalam keadaan yang cemas apabila blog Gelagat Anwar mendedahkan transkrip rakaman beliau mengutuk bosnya, Lim Guan Eng di dalam satu mesyuarat.  Antara yang hadir di dalam mesyuarat tersebut ialah Law Choo Kiang PKR Bukit Bendera, Felix Ooi, PKR Bayan Baru, Tan Seng Keat calon Bayan Baru pada 2004, Raymond Ong, PKR Tanjung, Ng Chek Siang;,Batu Uban, Cheah Peng Guan dan John Ooi, juga PKR Bayan Baru.

Mansor di dalam rakaman tersebut merujuk kepada Guan Eng sebagai 'sombong' dan 'angkuh'.   Beliau juga dikatakan mengucapkannya dengan berani dan lantang.  Antara petikan rakaman tersebut berbunyi:

"Dia (Guan Eng) very arrogant I tell you. Cocky and arrogant. It's not easy. Now more arrogant because dia menang banyak." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (1)

"Guan Eng macam tokong, you know, to the Chinese. You cannot deny that… he is just like a tokong. Itu yang buat dia org sombong … very, very angkuh and arrogant." — sumber blog 'Gelagat Anwar' (2)

Secara dasarnya, rakyat telah pun sedia maklum akan keangkuhan dan kesombongan Guan Eng.  Malah, di dalam DAP sendiri, Guan Eng tidak begitu disukai.  Beliau juga menjadi penyebab beberapa pemimpin DAP keluar parti akibat tidak tahan dengan keangkuhan, kesombongan dan juga 'kekorupan' beliau. 

Namun, ini bukan soal Guan Eng kerana semua orang sudah kenal siapa Guan Eng lidah biawak, hati kering, penipu tegar yang tidak tahu malu bila kantoi.  

Ini adalah soal Mansor dan kedudukannya di dalam PKR, di dalam pentadbiran Pulau Pinang, di sisi Guan Eng dan di mata rakyat.   Umum tahu bahawa tiada seorang pemimpin termasuk di dalam DAP sendiri yang akan selamat jika berani melawan Guan Eng.   Kediktatoran Guan Eng bukan satu cerita rekaan dan kerana itulah Mansor dikhabarkan menjadi kecut perut mengenang nasib yang bakal menimpa dirinya.  

Lebih menakutkan Mansor ialah apabila ada pihak yang tampil menyatakan yang mereka akan menyebarkan rakaman suara tersebut tidak lama lagi bagi membolehkan semua orang mengadili sendiri apa yang diperkatakan dan siapa yang mengatakannya. 

Menurut sumber, pihak yang terlibat tidak berminat untuk menunggu 'waktu yang sesuai' seperti pilihanraya, untuk menyebarkannya tetapi akan menyebarkannya sebaik saja mereka bersedia.  

PKR Pulau Pinang kini berada dalam keadaan gelabah namun tidak begitu bersungguh untuk mempertahankan Mansor.  Khabarnya, masing-masing lebih berminat menyelamatkan diri dari 'dibaham' Guan Eng.  Tidak keterlaluan jika dikatakan mereka lebih takutkan Guan Eng dari Anwar, Ketua Umum parti mereka.

Apa yang berlaku akhir-akhir ini memperlihatkan Guan Eng mula menunjuk curiga secara terang-terangan terhadap Mansor dan mula memberi tekanan terhadap beliau.  Walaupun begitu, ada juga pengkhabaran yang menyatakan bahawa Guan Eng sudah lama mencari jalan untuk menyingkirkan Mansor dan semua Melayu-melayu di dalam pentadbiran Pulau Pinang. 

Jika ini benar, maka pendedahan rakaman tersebut telah memberikan peluang untuk Guan Eng berbuat demikian. 

Selama ini, parti pembangkang gemar merujuk kepada pemimpin UMNO sebagai diktator atau kukubesi.  Tetapi kini, ternyata, mereka berpeluang berhadapan dengan diktator sebenar yang tidak boleh dikritik, tidak boleh ditegur apatah lagi dikutuk, di dalam parti mereka sendiri. 

Kerana itu, walaupun penyebaran rakaman suara tersebut belum lagi dibuat, Mansor sudah dapat merasakan bahaya yang bakal menimpa dirinya.  Inilah suasana hidup dalam pentadbiran kukubesi, iaitu sentiasa berwaspada, takut dan langsung tidak punya hak bersuara.  

Sewajarnya rakyat mengambil iktibar dengan pergolakan politik Pulau Pinang ini.  Percayalah, kita juga pasti akan terpaksa hidup dalam keadaan yang sama iaitu sentiasa ketakutan dan tiada hak bersuara jika ditakdirkan PR menjadi pemerintah Malaysia dengan DAP menjadi kuasa mutlak di belakangnya. 

Friday, August 24, 2012

PAS Mangsa Nasi Kangkang DAP

PAS dan hudud macam aur dengan tebing, semua orang tahu.  Bukan nak laksanakan sangat pun tapi sebab dengan adanya hudud, PAS boleh dapat banyak kerusi parlimen dan DUN, silap-silap hari bulan, boleh memerintah di beberapa buah negeri pun.

Sebab itu PAS tidak akan bercakap langsung tentang hudud selepas pilihanraya berakhir, kalau ditanya orang pun, alasan yang remeh temeh saja yang akan diberi.  Contoh macam semasa PAS menang di Terengganu pada 1999, bila disuakan soalan hudud, jawapan Hadi Awang (Menteri Besar) ketika itu ialah, hudud tidak perlu disegerakan kerana hanya 0.0001% sahaja bahagiannya dalam Islam, ada lebih banyak benda lain lagi.

Berbeza pula bila dekat nak pilihanraya semula, PAS akan kembali mati-matian perjuangkan hudud, kalau Terengganu dulu diambil contoh, PAS kemukakan draf hudud Terengganu pada 2003 – iaitu beberapa bulan sebelum pilihanraya umum 2004.  Tindakan PAS ini melihatkan DAP meningalkan Barisan Alternatif (BA) – pakat-pakat palsu yang sama macam Pakatan Rakyat hari ini.

Jadi moralnya, PAS perjuang hudud hanya untuk undi, untuk dapat kuasa, bukan betul nak laksana.

Hari ini dan sekarang ini, isu hudud kecoh kembali, sebab apa?  Sebab pilihanraya umum akan diumumkan pada bila-bila masa dari sekarang.  Walaupun PAS baru sahaja tukar dasar perjuangan parti tersebut kepada negara berkebajikan tahun sudah (ada majlis pelancaran dan sebagainya), ia hanya dipersetujui oleh satu kelompok, kelompok yang lain tidak bersetuju, macam Hasan Ali dan Nasrudin Tantawi, termasuk Nasharudin Mat Isa.

Tapi masing-masing bila bercakap atas kapasiti sebagai pemimpin PAS atau paling tidak Ahli Parlimen PAS.

Cuma yang berbeza kali ini, kerana nama Pakatan dikaitkan sekali, DAP yang duduk dalam Pakatan perlu tampil mempertahankan pendirian partinya, atau nanti dia pulak mengulangi malapetaka 1999 bila Karpal dan Lim Lit Siang pun boleh kalah!!  Pedih tu, sebelum benda jadi melarat, lebih baik Karpal cepat-cepat ke depan mempersoalkan PAS, termasuk menyaman Nasharudin kerana menuduhnya anti Islam.

Walaupun Karpal mengakui dia memang anti hudud tapi pada pandangannya tidak sampai dia anti Islam.  Sedangkan Nasharudin berpendapat, menolak hudud sama dengan menolak Islam, melalui beberapa ayat-ayat al-Quran yang biasa digunakan ke atas BN sebelum ini.  BN takpelah, parti lawan, DAP parti kawan, itu yang payah tu.

Apa sekalipun, kerana Karpal menolak hudud, PAS sekarang terbahagi kepada 2.  Ada yang sokong Nasharudin dan ada yang sokong Karpal.  Bukan setakat ahli-ahli dibawah, pemimpin PAS pun ramai yang berpecah belah.  Khabarnya tak ramai yang berada di belakang Nasharudin, lebih ramai dibelakang Karpal.

Terbaru, ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr. Dzulkifly Ahmad dipetik Sinar Harian sebagai berkata, "Tidak setuju hudud dilaksanakan kerana belum sampai masa". 

Kalau Dzulkifly ini orang UMNO, baca dari tajuk saja pun beliau akan dituduh sebagai kafir, tak payah baca dalam-dalam lagi.  Nasib baik Dzulkifly ahli Parlimen PAS, terselamatlah dia dari 'murtad', apatah lagi bila dia bersama-sama dengan Karpal dalam hal ini.

Bagaimanapun penulis percaya, Dzulkifli tetap tidak akan terlepas dari kecaman, bukan kerana dia menolak hudud tapi kerana alasan yang diberikannya itu sama dengan alasan yang diberikan BN bila menjawab isu hudud sebelum ini.  Kalau terdesak sangat pun, fikirlah alasan sendiri, apa alasan BN itu juga yang diceduk dan di kitar semula?

Orang PAS tahu sajalah, apa pun boleh asal saja jangan yang ada kaitan walau sedikit dengan BN.  Maklumlah musuh nombor satu PAS tak sama dengan musuh nombor satu orang Islam yang lain,  syaitan tapi BN.

Tapi nampak sangatlah PAS dah banyak berubah.  Tak tahulah nasi kangkang siapa yang PAS dah makan, nasi kangkang Karpal ke, Teresa Kok ke atau siapa sehingga parah benar perubahannya.  Penulis nak guna perumpamaan lembu dicucuk hidung pun tak sesuai sebab keadaan PAS sekarang lebih teruk dari itu.

Alasan penulis mudah saja, pemahaman PAS tentang hudud sebelum ini ialah, hudud adalah hukuman tuhan yang tak boleh tidak mesti dilaksanakan.  Masa dia cakap tu, ada surahnya, ada rujukannya, ada kitabnya, biasalah PAS.  Janganlah cuba-cuba nak cakap pasal hudud, selain dari yang membawa maksud nak melaksanakannya, confirm dituduh Kafir. 

Alih-alih sekarang, bila ada ahli PAS dan pemimpin Pakatan (yang PAS buat kawan) terang-terang kondem, perlekeh dan pijak hudud pun, PAS masih boleh berbahasa-berbahasa lagi.

Betul-betul besar punya munafik PAS ni ya.

Monday, August 13, 2012

Longgar Syarat Kemasukan Hina Sektor Awam

Laporan Sin Chew Daily mengenai kenyataan Presiden Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Hua Zong), Tan Sri Pheng Yin Huah yang menyarankan agar pengambilan kakitangan awam bukan Melayu dilonggarkan, menyebabkan ramai yang tersenyum sinis.   Apatah lagi bila mendengar alasan beliau iaitu: "Saya amat risau jika keadaan ini tidak dapat diubah, kerana akan berlaku jurang yang amat ketara dan akan semakin memburuk sehingga lama-kelamaan akan berlaku kesan sampingan lain."

Apakah layak Yin Huah bercakap mengenai 'jurang antara kaum' apabila beliau adalah antara juara yang berdegil ingin memastikan jurang tersebut terus wujud dan semakin besar bermula dari bangku sekolah lagi?  Beliau dan juga Dong Zong sama-sama tegar memperjuangkan agar jurang ini diteruskan sehingga sekolah menengah malah hingga peringkat universiti dengan menuntut agar sijil dari Universiti-universiti tertentu yang bertunjangkan bahasa Cina diiktiraf. 

Justeru, apakah Yin Huah begitu bodoh kerana tidak tahu bahawa jurang antara kaum tidak akan wujud jika semua anak-anak Malaysia bersekolah bersama-sama?   Atau lebih tepat, jurang antara kaum mungkin telah lama terhapus jika Hua Zong, Dong Zong dan NGO-NGO yang seangkatan dengan mereka tidak wujud sama sekali di Malaysia. 

Meloyakan sekali apabila kini Yin Huah tiba-tiba 'merasa risau' pula jika jurang tersebut menjadi lebih besar di alam pekerjaan. 

Cadangan Yin Huah agar kemasukan ke sektor awam dilonggarkan menyerlahkan sikapnya yang dwistandard.  Kelayakan untuk masuk ke sektor awam mewajibkan seseorang itu fasih berbahasa Melayu dengan keputusan kredit di dalam peperiksaan.  Ini adalah sesuatu yang 'semulajadi' memandangkan Bahasa Melayu adalah bahasa rasmi negara.  Pastinya, Yin Huah sedar bahawa penyebab kurangnya kaumnya diterima masuk ke sektor awam adalah kerana 'kredit Bahasa Melayu' ini dan kerana itulah beliau menyarankan agar syarat ini dilonggarkan. 

Kita telah sedia maklum bahawa selama ini, kaum Cina juga yang begitu beria-ia memperjuangkan sistem merit, maka kenapa pula mereka merungut apabila sistem merit itu tidak menepati 'citarasa' mereka?  

Adalah tidak wajar jika kita meminta agar kelonggaran diberikan iaitu menurunkan taraf kelayakan Bahasa Melayu hanya untuk memastikan lebih ramai kaum lain dapat bekerja di sektor awam kerana ia juga bermakna menurunkan 'standard' atau kualiti kakitangan awam. 

Sedangkan kita marah apabila taraf kelayakan di universiti diturunkan bagi memastikan lebih ramai mereka dari latarbelakang yang susah berpeluang melanjutkan pelajaran.  Maka, kenapa kita perlu menerima saranan penyelesaian yang sama iaitu menurunkan taraf kelayakan semata-mata untuk meramaikan kaum lain (baca: Cina) di dalam sektor awam? 

Yin Huah tidak perlu berlakon seolah-olah beliau prihatin dengan semangat perpaduan antara kaum di Malaysia kerana kita tahu bahawa itu tidak benar.  Kita faham apa yang Yin Huah risaukan di sini ialah mengenai meningkatkan penguasaan kaumnya di dalam sektor awam.  Dalam ertikata lain, Yin Huah hanya risaukan mengenai nasib kaumnya semata-mata. 

Dan ini terbukti dalam penjelasan panjang lebarnya bahawa dengan penambahan kaumnya di dalam sektor awam maka ia akan dapat memastikan perkhidmatan yang lebih baik bagi kaum Cina di satu-satu kawasan itu.  Kenyataan Yin Huah ini seolah-olah menunjukkan yang kaum Cina tidak mendapat perkhidmatan terbaik dari kerajaan. 

Memandangkan masih ramai kaum Cina warga Malaysia tidak fasih berbahasa kebangsaan, maka mereka seringkali menghadapi masalah apabila berurusan dengan sektor awam.   Dan inilah sebenarnya yang merisaukan Yin Huah, bukannya soal perpaduan. 

Bagaimanapun, penyelesaian yang disarankan oleh Yin Huah iaitu menambah bilangan kaum Cina di sektor awam adalah satu cadangan yang chauvinis, tidak praktikal, pentingkan diri dan menggambarkan sikap perkauman yang amat kronik. 

Sedangkan sepatutnya Yin Huah menyeru agar kaum Cina memperkasakan dan mencintai bahasa kebangsaan sebagai seorang warganegara yang setia bagi mengatasi masalah berurusan dengan sektor awam.  Malah, lebih baik lagi jika Yin Huah menyeru agar kaum Cina menghantar anak mereka ke sekolah kebangsaan bagi memantapkan bukan sahaja bahasa kebangsaan, tetapi juga perpaduan serta semangat patriotisme terhadap negara ini.

Seharusnya, Yin Huah menuntut kaum Cina agar belajar menyesuaikan diri untuk 'survival' dan bukannya menuntut supaya seluruh sistem, undang-undang, perlembagaan, prosedur dan seluruh struktur sosial di Malaysia disesuaikan dengan kehendak dan keperluan kaum Cina!

Apakah signifikannya 'kaum Cina' berbanding kaum lain di Malaysia?

Sesungguhnya, hipokrasi Yin Huah dan Hua Zong amatlah memualkan.  Sampai bila agaknya mereka ini akan berpijak di bumi nyata, menerima hakikat bahawa mereka bukan lagi berada di negara China tetapi telah menjadi warga Malaysia, iaitu negara berbilang kaum dengan penduduk asalnya adalah Melayu yang beragama Islam serta menggunakan Bahasa Melayu? 

Kita cabar Hua Zong agar membuang sifat hipokrit dan berdiri atas nama ektremisme Cina yang sebenar tanpa perlu berselindung lagi.  Tidak perlu pura-pura mengeluh risaukan jurang antara kaum, atau menuntut orang lain agar mendahulukan Malaysia sebelum bangsa, kerana bukan semua orang lain itu bodoh sehingga tidak dapat membaca agenda anda.

Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama.  Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang.  DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi. 

Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini.  

Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato' Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut. 

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut 'standard' pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad.  

Sedangkan 'murtad' adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya.  Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad. 

Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP. 

Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau 'gila' untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.  Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir.

Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan 'kegilaan' PAS demi mengejar kuasa politik.   Menurut beliau, "adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO".

Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga. 

Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak 'Ulama' dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih 'kafir' dari kafir harbi DAP. 

Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi. 

Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri.  Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa.     

Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus. 

Jelas, PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini. 

Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam. 

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama.  Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh. 

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS. 

Thursday, August 2, 2012

Lajim Ukin Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012

Lajim Ukin Jarang Ke Pejabat Sejak Mac 2012

Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 malam semalam mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini pada Sabtu lalu, Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.

Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.

Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.

Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah?

Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.

Tapi, ternyata Lajim lebih mengutamakan kepentingan sendiri apabila tetap berterusan bermain tarik tali semata-mata mahu memaksa PM untuk akur pada permintaan peribadinya.



Perkembangan terbaru yang diberitakan oleh TV3 malam semalam mengesahkan bekas pemimpin UMNO Sabah, Lajim Ukin telahpun dilucutkan jawatannya sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Sebelum ini pada Sabtu lalu, Lajim telah bertindak meletakkan jawatan sebagai anggota MT dan Ketua UMNO Bahagian Beaufort serta Pengerusi BN Beaufort, namun dimasa yang sama masih enggan melepaskan jawatan Timbalan Menteri.

Keengganan Lajim untuk meletakkan semua jawatan secara serentak hanyalah satu lakonan politik murahan yang matlamatnya sengaja mahu mensensasikan isu supaya dapat menarik perhatian ramai terhadap dirinya.

Sebetulnya pelucutan jawatan Lajim sebagai Timbalan Menteri merupakan satu langkah yang bijak dan tepat.

Sampai bila mahu disimpan saja orang sedemikian yang langsung tidak memiliki prinsip yang jelas kerana kerap berubah-ubah pendirian dan gemar bermain tarik tali untuk kepentingan diri sendiri.

Lagipun mengikut sumber dari kementerian terbabit, sejak Mac lalu lagi Lajim sudah jarang masuk ke pejabatnya. Malah ruang pejabatnya sudah lama kosong dan segala barangan peribadi juga sudah lama di bawanya keluar.

Ini bermakna sejak Mac hingga Julai 2012, sekurang-kurangnya sudah tiga, empat bulan kerajaan terpaksa membayar gaji Lajim sekalipun dirinya jarang masuk ke pejabat untuk menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab tugasan.

Apakah tidak ada sedikit rasa malu dalam sanubari dirinya apabila gagal melaksanakan tanggungjawab sebagai Timbalan Menteri tapi masih tidak segan pula bercita-cita ingin menjadi Ketua Menteri Sabah?

Bayangkan sekiranya kedudukan Lajim sebagai Timbalan Menteri dikekalkan, tentu sahaja hanya akan membazirkan wang rakyat untuk membayar khidmat seorang pemimpin yang hanya makan gaji buta.

Sepatutnya sejak Mac lepas Lajim sudah secara terbuka menyatakan dirinya sudah tidak lagi mampu menjalankan tugas dan amanah sebagai Timbalan Menteri.