Tuesday, February 22, 2011

Suntingan dari

February 22, 2011

Pakatan Rakyat 2011 : Apabila Dunia Adalah Pasaraya

1. Saya tertarik untuk berkongsi dengan pembaca blog saya, sebuah rencana yang perlu kita baca dan fikirkan - hasil tulisan saudara Fareed Dawood dari portal Malaysia-Intinct. APABILA MELIHAT BAGAIMANA negara-negara Timur Tengah berjaya dijatuhkan melalui revolusi rakyat, pembangkang Malaysia semakin tidak tahan kemaruk gian lagi merenyam dan geram sangat untuk berkuasa. Saban hari mereka makan tak kenyang, mandi tak basah teringatkan kerusi Putrajaya. Ini bukan baru, malah hidup mati mereka, mungkin juga sejak lahir, bukan untuk Yang Maha Esa, bukan untuk anak isteri, bukan untuk negara, bukan untuk mencari ketenangan menikmati nikmat Allah iaitu keselesaan dan keamanan di bumi Malaysia, tetapi untuk kuasa semata-mata.

2. Mereka tidak kenal erti hidup, mereka tidak tahu bagaimana untuk menghargai keluarga mahupun masa mereka di dunia ini. Bagi PAS yang mereka tahu hanyalah bencikan UMNO. Bagi PKR yang mereka tahu hanyalah Anwar mesti jadi PM. Dan bagi DAP pula yang mereka tahu ialah mereka bencikan Melayu dan Malaysia ini harus ditawan. Anwar, Nik Aziz, Hadi Awang, Wan Azizah, Kit Siang, Guan Eng dan semuanya sama saja di mana mereka sanggup menghabiskan seluruh tenaga dan masa mereka di dunia ini untuk perjuangan yang sia-sia kalaupun tidak perjuangan yang salah dan membawa kemusnahan.

3. Kerana itu mereka tidak henti-henti menafikan nikmat Allah kepada mereka. Hidup yang aman damai dituduh mereka sebagai derita. Negara yang makmur dituduh mereka sebagai bermasalah. Keselesaan yang dikecapi dituduh mereka sebagai penindasan. Apa masalah mereka yang sebenar? Mana rakyat yang tertindas, yang tidak dibenarkan mendapat pendidikan, yang dihalang beribadah atau yang wang mereka dirampas? Mana rakyat yang mati kerana dibunuh kerajaan?

4. Buku sekolah percuma, pembelajaran percuma, bantuan diberi bila berlaku bencana, semua ini adalah nikmat yang bukan semua rakyat di negara lain boleh nikmati. Sebagai manusia kita wajib bersyukur dan berterima kasih atas apa yang kita ada. Apa lagi nikmat Allah yang dinafi, wahai pembangkang? Apa lagi nikmat Allah yang difitnah sebagai penindasan wahai para Ulama PAS? Tetapi, bila difikirkan kembali, apa sebenarnya yang pembangkang tahu tentang penindasan atau penderitaan?

5. Bangsa Melayu yang bekerja di sektor swasta yang dinafikan hak untuk naik pangkat dan gaji oleh Ketua yang berbangsa Cina, lebih tahu apa itu penindasan. Bangsa Melayu yang berniaga tetapi ditekan oleh vendor dan pembekal Cina lebih kenal apa itu penderitaan. Tetapi, ahli politik PAS dan PKR yang hidup mewah dan ke hulu ke hilir berceramah tanpa perlu bekerja serta tidak perlu bersaing dengan bangsa Cina DAP di sektor swasta, tidak mungkin faham apa itu penindasan.

6. Hari ini, hanya orang-orang kampung Buah Pala, Kampung Jalan Assam dan pemilik gerai-gerai yang diroboh DAP di Pulau Pinang sahaja yang berhak bercakap tentang penindasan. Namun, apa yang kita lihat ialah Anwar, Husam Musa, Khalid Samad, Hadi Awang dan Francis Siah pula yang beria-ia cuba membangkitkan protes rakyat terhadap kerajaan atas alasan ditindas. Dalam ceramah dan tulisan-tulisan di blog mereka, mereka cuba menyamakan Mesir, Tunisia, Libya, Algeria, Yemen, Jordan dan Maghribi dengan Malaysia.

7. Di masa yang sama mereka jugalah yang memekik melolong meminta kerajaan segera mengeluarkan anak-anak mereka dari rusuhan berdarah di Mesir tetapi kini gian pula ingin melihat anak-anak mereka bermandi darah di negara sendiri. Rakyat Mesir merusuh kerana ekonomi yang lemah, tiada peluang pekerjaan, pendapatan per-kapita yang terlalu rendah, tiada kebebasan bersuara dan kerana ketiadaan demokrasi. Apa ke jadahnya rakyat Malaysia ingin berbuat yang sama tatkala pendapatan per-kapita, pendapatan negara kasar dan peluang pekerjaan terus meningkat?

8. Apa ke jadahnya tiada kebebasan bersuara apabila pembangkang berpeluang menghasut rakyat dan memburukkan kerajaan dan negara sewenang-wenangnya di dalam internet, ceramah malah akhbar rasmi tak kira di dalam atau di luar negara tanpa ditangkap? Apa ke jadahnya memperjuangkan demokrasi dengan cara tidak demokrasi? Apakah kerana tidak sanggup melihat kekalahan demi kekalahan dalam PRK-PRK akhir-akhir ini maka pembangkang enggan melalui proses demokrasi lagi?

9. Jika enggan, kenapa perlu membawa slogan demokrasi dalam perjuangan? Demokrasi jenis apa yang diperjuangkan pembangkang? Demokrasi ala pemilihan PKR? Jika demokrasi ala PKR iaitu berbaling-baling kerusi, memanipulasi undi, menipu, bergaduh dan bertengkar sesama sendiri yang diperjuangkan pembangkang, maka tidak hairanlah jika mereka beria-ia ingin merusuh ala negara-negara timur tengah tersebut. Bagi pembangkang proses demokrasi yang betul iaitu pilihanraya yang telus bukan demokrasi sebenar. Sesuatu itu hanya dianggap benar dan betul jika ia memberi keuntungan dan kemenangan kepada mereka walaupun ia bermakna rakyat negara ini perlu bermandi darah dan mati bergelimpangan di jalanan.

10. Walaubagaimanapun, kita yakin majoriti rakyat negara ini jauh lebih rasional, lebih waras dan lebih bijak dari pembangkang serta tidak mudah terpengaruh dengan kegilaan pembangkang. Jika ada pun rakyat Malaysia yang layak merusuh, mereka ialah rakyat di negeri yang diperintah oleh kerajaan pembangkang terutama Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Di Kelantan walaupun setelah 2 dekad memerintah atas nama Islam, sarang pelacuran dekat pejabat MB pun tidak boleh dihapuskan. Kelantan juga merekodkan kemiskinan paling tinggi dengan peluang pekerjaan yang hampir tiada untuk rakyatnya.

11. Rakyat Pulau Pinang yang ditindas juga wajar merusuh terhadap kerajaan negeri yang terang-terangan zalim, kejam lagi rasis. Kampung-kampung dan gerai-gerai milik rakyat dimusnahkan sesuka hati dengan alasan yang berat sebelah. Rakyat Selangor juga harus merusuh terhadap kerajaan negeri kerana terbukti rumah-rumah urut, pusat hiburan dan jenayah semakin berleluasa kerana terdapat penglibatan ahli majlis kerajaan sendiri dengan kegiatan ini. Malah, wang rakyat juga sanggup digunakan kerajaan untuk menanggung kos guaman adun mereka.
 
Dari tulisan azli shukri today untuk tatapan umno bahagian pandan

No comments: